Penting untuk memahami pelanggan dari segi demografi yang melibatkan umur, jantina, pendapatan, status perkahwinan, status anak, pekerjaan dan kepadatan penduduk. Selain itu, fahami geografi dan juga psikografi.
Psikografi adalah kajian nilai-nilai, keperibadian, gaya hidup, pendapat dan kepentingan sesebuah komuniti tertentu.
Di samping itu, psikografi berguna dalam bidang pemasaran, penyelidikan pendapat, dan penyelidikan sosial, secara umum, serta pandangan ke arah strategik.
Akhir sekali, sosiografi. Orang yang pernah membeli atau menggunakan servis kita. Kenapa mereka menggunakan perkhidmatan kita? Kenapa mereka cadangan perkidmatan kita kepada orang lain?
Apabila anda pelajari dan memahami pelanggan anda, ia sangat membantu memposisikan brand anda di pasaran. Dan anda juga dapat belajar cara bagimana untuk approach pelanggan-pelanggan baru.
Secara tidak langung dapat meningkatkan experience yang lebih baik kepada audien dan juga dapat menaikkan brand anda.
Selain itu, sediakan khidmat pelanggan selama 24jam. Bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada lebih gemar segala persoalan mereka dijawab oleh peniaga. Anda perasan atau tidak, secara tidak langsung anda sedang membina hubungan yang baik dengan mereka.