Contact Us

Opening hours: Monday to Friday: 8:00am to 5:00pm, Saturday: 8:30am to 12:30pm

Hologram FarmaTag™ : Cara kenal pasti ubat berdaftar

Bagaimana cara memastikan ubat atau suplemen yang anda ambil adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mempunyai Hologram Farmatag™?

Kewujudan ubat-ubatan tiruan adalah satu fenomena jenayah farmaseutikal yang berlaku secara global. Negara-negara maju seperti Malaysia juga menghadapi masalah yang sama dan tidak terkecuali daripada mengalami masalah seperti ini.

Pertama sekali, apa yang anda harus lakukan adalah menyemak atau kenal pasti sama ada kotak ubat atau supplemen mempunyai hologram Farmatag.

Kedua, pastikan nombor pendaftaran lapan digit ada pada setiap produk bermula dengan MAL, dan berakhir dengan A untuk ubat terkawal. X untuk ubat tanpa preskripsi. T untuk ubat tradisional dan N untuk multivitamin atau suplemen kesihatan.

Farma Tag with MAL Number

Selain itu, semua produk farmaseutikal yang dijual di Malaysia wajib berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) arahan di bawah Peraturan 29 Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, serta mempunyai nombor pendaftaran dan dilabelkan dengan label keselamatan Farmatag sebelum dijual atau dipasarkan kepada pengguna.

Untuk pengetahuan anda, buat pertama kali KKM telah menggunakan hologram Meditag yang dikeluarkan oleh Syarikat Mediharta Sdn Bhd selama 14 tahun pada tahun 2005 sehingga 31 Ogos 2019.

Manakala, bermula pada 1 September 2019, KKM telah menggantikan penggunaan hologram Meditagkepada hologram FarmaTag yang dikeluarkan oleh Syarikat Techno Secure Print Sdn. Bhd.

Ciri-ciri untuk mengenal pasti ubat berdaftar adalah:

  1. No pendaftaran produk (No. MAL) pada label atau pembungkusan produk.
  2. Pelekat Hologram FarmaTag KKM.
Ciri-ciri produk tulen

Sekiranya produk yang anda beli mempunyai Hologram ini menunjukkan kesasihan produk tersebut adalah berdaftar di bawah KKM.

Maksudnya setiap produk yang mempunyai pelekat Hologram mengesahkan ketulenan dan mengelakkan pemalsuan berlaku. Ini adalah kerana, hanya pemegang kelulusan produk berdaftar sahaja yang boleh membeli pelekat Hologram ini.

Oleh itu, jika produk farmaseutikal tidak mempunyai pelekat hologram ini bermakna ia tergolong dalam produk tiruan yang ada di pasaran. Sekiranya, produk tiruan mempunyai pelekat keselamatan pasti ianya adalah palsu kerana mereka telah menciplak pelekat hologram.

Tetapi…Jangan risau. Anda boleh membuat semakan pelekat hologram secara online.

Untuk mengelakkan anda tertipu oleh produk tiruan di pasaran, KKM telah menyediakan satu applikasi telefon pintar. Ianya adalah untuk semakan kesasihan pelekat Hologram yang ada pada setiap produk supaya dapat mencegah pembeli dari membeli produk palsu dan berbahaya kepada kesihatan pengguna.

Anda boleh muat turun applikasi “FarmaChecker” untuk melakukan semakan.       

Aplikasi percuma ini membolehkan pengguna mengimbas kod QR pada produk tersebut untuk menyemak sama ada ia tulen ataupun tidak.

Di samping itu, aplikasi ini juga menyediakan pautan terus ke laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia membolehkan pengguna mengetahui lebih banyak lagi maklumat berkenaan produk yang mereka imbas. Bukan itu sahaja pengguna boleh melaporkan sebarang produk palsu di aplikasi tersebut.

Malah, pengguna juga boleh memeriksa ketulenan hologram FarmaTag yang terdapat pada kotak produk menggunakan dekoder yang terdapat di semua premis farmasi berlesen dan pejabat Cawangan Penguatkuasaan Farmasi di setiap negeri.

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan dengan mana-mana iklan perubatan dan produk farmaseutikal yang disiarkan di Internet. Pendaftaran produk ubat bertujuan memastikan isu kualiti, keselamatan dan keberkesanan sesuatu produk ubat itu terjamin.

Pembelian ubat online

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 70% produk farmaseutikal yang dirampas terdiri ubat terkawal di bawah Akta Racun 1952 dan 90% ubat-ubatan dirampas di kategori bahan psikotropik. Manakala selebihnya antibiotik, ubat tahan sakit, ubat selsema dan batuk serta lain-lain yang tidak berdaftar dengan KKM.

Oleh itu, pengguna boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk dengan melayari Iaman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di www.npra.gov.my.

Maklumat berkaitan produk berdaftar boleh disemak secara terus melalui laman tersebut. Nombor pendaftaran yang tidak wujud dalam sistem tersebut adalah dikhuatiri palsu.

Disamping itu, terdapat pelbagai syarikat-syarikat farmaseutikal di Malaysia yang menjual produk farmaseutikal yang berdaftar dibawah KKM.

Anda harus berhati-hati semasa membeli ubat-ubatan dan suplemen di laman sesawang dengan menyelidik dahulu pembekal-pembekal yang menjual produk farmaseutikal tersebut sama ada ianya palsu ataupun tulen.

Salah satu syarikat farmaseutikal yang menjual ubat-ubatan yang sah dan tulen ialah Mayflax. Sekiranya anda masih mencari pembekal ubat-ubatan yang sah di Malaysia anda boleh hubungi Mayflax untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk farmaseutikal yang ditawarkan.

Kami di Mayflax boleh membantu anda untuk pembelian ubat-ubatan secara pukal.

Dengan lebih 2,000 ubat di Mayflax dan penghantaran yang pantas, kami dapat membantu anda untuk mendapatkan ubat yang terbaik dengan harga yang lebih berbaloi.

Daftar sekarang! Mayflax adalah pilihan terbaik untuk keperluan perubatan anda.

Penulis

Sarjana Muda Sains (Kepujian) Farmakologi,  Eksekutif Perhubungan Pelanggan, Mayflax salah satu syarikat penjagaan kesihatan dan pemasaran terkemuka.

Kongsi di platform ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *