Semua kakitangan farmasi mesti dilatih dan mematuhi segala prosedur operasi standard dengan baik.
Ini untuk memastikan, jika pelanggan datang ke farmasi anda untuk mendapatkan rawatan, kakitangan farmasi harus tahu bila masa dan bagaimana untuk merujuk pelanggan kepada ahli farmasi. Tidak lupa juga ahli farmasi perlu tahu bila masa untuk merujuk pelanggan kepada doktor.
Ahli farmasi juga harus menawarkan khidmat kaunseling yang sesuai dan menilai masalah kesihatan selepas mendapatkan maklumat penting seperti umur pesakit atau berapa lama mengalami penyakit tersebut. Nasihat dan sesi kaunseling diberi sama ada dari segi farmakologi atau bukan farmakologi.
Pastikan pesakit memahami sepenuhnya semasa sesi kaunseling dijalankan mengenai penerangan keadaan diri semasa, cara pengambilan dan penggunaan ubat yang betul serta pencegahan.
Semasa proses pembekalan ubat kepada pesakit, ahli farmasi perlu mematuhi “Good Dispensing Practice”.
Garis panduan termasuk cara melabelkan ubat serta keperluan semasa pendispensan ubat kepada pesakit. Ini adalah untuk memastikan ubat yang betul diberikan kepada pesakit yang betul.
Selain itu, ahli farmasi harus mempunyai pengetahuan yang luas tentang ubat tiruan.
Ini untuk memastikan ahli farmasi lebih berhati-hati dan hanya akan membeli ubat daripada sumber yang sah serta dapat menyedarkan lebih ramai orang tentang cara bagaimana untuk membezakan mana satu ubat original dan ubat tiruan.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, susun atur pelan lantai klinik anda perlu mematuhi garis panduan/peraturan yang telah ditetapkan.
Di bawah adalah contoh pelan lantai di farmasi.
Hai.. saya k, bagaimana pulak syarat2 untuk membuka pusat kesihatan pysiotrapy ya? Adakah Perlukan ada sijil2 pysiotrapy yang sah baru boleh buka ya? Mohon pencerahan.. terima kasih
Hi, syarat2 membuka pusat kesihatan psyiotherapy lebih kurang sama sahaja dengan yang lain. Ya, Encik perlu mempunyai sijil-sijil yang sah untuk membuka pusat kesihatan. Encik boleh rujuk di laman web yang saya sertakan dibawah ini untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana proses-proses nya.
https://portal.mbsj.gov.my/sites/default/files/Garis%20Panduan%20Permohonan%20Lesen%20Pusat%20Penjagaan%20Kesihatan.pdf
https://www.mbpj.gov.my/sites/default/files/syarat_keperluan_dokumen_dan_premis_bagi_permohonan_lesen_pusat_kecantikan_dan_pejagaan_kesihatan.pdf
Harap dapat membantu serba sedikit. Terima kasih.