membuka klinik di Malaysia
Sekiranya anda seorang doktor dan selepas bertahun-tahun menimba pengalaman dan pengetahuan selama lebih 10 tahun, ianya idea yang baik untuk mengambil peluang membuka dan menubuhkan klinik anda sendiri di Malaysia.
Ia mungkin menjadi impian anda untuk membuka dan menubuhkan klinik swasta anda sendiri.
Setelah Akta 586 dikuatkuasakan, hanya doktor atau pakar perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dan telah menjalani ‘compulsory service’ di Hospital Kerajaan sahaja dibenarkan membuka klinik sendiri.
Prosedur membuka klinik swasta di bawah akta 586: akta kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta 1998
(RINGKASAN)
Di bawah Akta 586 ini, segalanya dapat dikawal selia. Tiada sesiapa boleh membuka klinik sewenang-wenangnya.
Syarat paling utama untuk membuka klinik:
Dokumen-dokumen yang wajib dikepilkan bersama :-
p/s: Klinik-klinik yang belum dibuka adalah perlu untuk disertakan ukuran pintu depan, pintu belakang, pintu bilik air, saiz bilik rawatan, lokasi sinki, lokasi tong pemadam api dan lain-lain.
Yuran proses pendaftaran: RM500.00 dikenakan
Yuran setelah permohonan diluluskan: RM1000.00
Di sini, kami akan berkongsi secara lebih luas/mendalam dengan anda tentang langkah-langkah bagaimana untuk membuka dan menubuhkan klinik swasta di Malaysia.
Anda mungkin sudah menetapkan di mana lokasi atau bahkan telah membeli lokasi untuk klinik peribadi anda.
Menubuhkan klinik swasta juga bergantung pada lokasi yang strategik.
Oleh itu, kenal pasti lokasi yang srategik seperti tempat yang sibuk ataupun tiada lagi klinik di komuniti tersebut. Tidak lupa juga, ianya mestilah mudah untuk diakses.
Walau bagaimanapun, anda mungkin juga perlu mempertimbangkan faktor lain seperti demografi pesakit.
Faktor ini sangat mempengaruhi sasaran pesakit anda. Anda perlulah mencari lokasi yang terletak di antara kumpulan umur yang betul.
Sebagai contoh, jika anda merancang untuk menubuhkan klinik khusus dalam pediatrik, tetapkan lokasi yang demografinya adalah kebanyakkannya ibu bapa muda yang mempunyai anak-anak kecil.
Selain itu, purata pendapatan lokasi juga akan mempengaruhi yuran perundingan anda.
Memandangkan anda akan membuka dan menubuhkan klinik swasta di Malaysia, anda perlu mendaftarkan syarikat dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Untuk pengetahuan anda, semua klinik perlu didaftarkan dibawah SSM.
Selepas berdaftar dibawah SSM secara online. Anda perlu mengunjungi pejabat SSM untuk melakukan pengesahan pengenalan diri.
Yuran pendaftaran syarikat ialah sebanyak RM1,010.
Syarat-syarat Pendaftaran Perniagaan
Papan tanda sangat membantu untuk menguar-uarkan tentang klinik anda kepada komuniti setempat yang akan dibuka tidak lama lagi.
Ini akan meningkatkan kehadiran penduduk di klinik anda.
Anda boleh memohon kelulusan papan tanda secara dalam talian di majlis bandar tempatan klinik anda.
Sebagai contoh, jika klinik anda terletak di Petaling Jaya, Selangor, maka permohonan hendaklah dibuat dibawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Oleh itu, syarat untuk memohon lesen papan tanda mungkin berbeza mengikut pihak berkuasa tempatan masing-masing.
Apakah itu Borang A?
Borang A adalah borang yang wajib diisi untuk menubuhkan perniagaan seperti klinik swasta.
Ini selaras dengan Akta 586.
Di samping itu, anda juga boleh mengisi Borang A secara online, dari laman web CKAPS atau juga boleh mencetak Borang A untuk mengisi secara manual.
Jika anda mengisi borang ini secara manual, pen dakwat hitam sahaja dibenarkan dan ditulis dengan huruf besar.
Isi borang tersebut dalam dua salinan dan kepilkan sekali salinan kad pengenalan, Sijil Amalan Tahunan, Sijil Pendaftaran Penuh, Ijazah, Surat Akuan Bersumpah dan pelan klinik.
Borang A manual/cetakan online yang diterima lengkap diiisi dan ditandatangani oleh pemohon.
Untuk mengisi Borang A dalam talian, klik di sini.
Untuk senarai semak dokumen, klik di sini.
Klik di sini untuk mengetahui manual pengguna sistem MEDPCS modul pendaftaran (pemohon).
Contohnya: “Klinik Perubatan Dr. Tan” atau “Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr. Lee”. Selain itu, menggunakan nama yang boleh mengelirukan pelanggan atau terlalu overclaim adalah tidak dibenarkan.
p/s: Pelan lantai cadangan hendaklah mengikut skala 1:100. Pelan lantai lengkap menunjukkan bilik konsultasi, bilik rawatan dan lain-lain bilik yang berkaitan, berserta petunjuk yang lengkap dan ukuran yang mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Setelah lengkap mengisi Borang A, ia mesti dicetak (jika borang dibuat dalam talian).
Yuran pemprosesan sebanyak RM500 perlu dibayar.
Sekiranya anda mengisi borang secara manual, anda hendaklah melengkapkan yuran pemprosesan kepada UKAPS Jabatan Kesihatan Negeri/Wilayah Persekutuan (JKN/WP) dan menyerahkan untuk diproses.
Selepas itu, permohonan anda akan disemak termasuk pelan lantai yang dicadangkan untuk klinik anda.
Tempoh 7 hari
Pengubahsuaian
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, susun atur pelan lantai klinik anda perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
i) infrastruktur,
ii) dokumen yang wajib ada di klinik dan
iii) perkhidmatan farmaseutikal.
Terdapat dokumen yang wajib ada dan disimpan di klinik anda.
Justeru, selepas selesai pengubahsuaian klinik anda perlu memaklumkan kepada CKAPS melalui sama ada surat, e-mel atau telefon.
Selepas selesainya pengubahsuaian klinik anda dan telah memaklumkan kepada pihak UKAPS, tarikh pemeriksaan akan diberikan.
Oleh itu, semasa pemeriksaan berlaku, seluruh aspek tentang klinik anda mestilah dipatuhi.
Pemeriksaan juga akan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Garis panduan ini disediakan sebagai panduan kepada pegawai proses di UKAPS dan CKAPS mengenai perkara-perkara yang perlu disemak dan dipertimbangkan semasa memproses permohonan pendaftaran klinik perubatan swasta.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang garis panduan, anda boleh membaca di sini untuk mendapatkan pandangan dan pemahaman yang lebih baik tentang perkara yang akan dinilai semasa pemeriksaan.
Sekiranya semuanya mematuhi syarat, permohonan anda akan dihantar ke CKAPS di Putrajaya.
Pada peringkat ini, permohonan anda akan dinilai secara menyeluruh oleh CKAPS dalam tempoh 4 minggu oleh pegawai pemprosesan.
Status permohonan anda akan dimaklumkan kemudian.
Sekiranya permohonan anda diluluskan, surat akan dihantar ke alamat pemohon untuk membayar yuran pengeluaran.
Anda perlu membayar yuran sebanyak RM1,000. Pembayaran harus dibuat dalam bentuk draf atau money order kepada ‘Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia’.
Maka, cek peribadi atau wang tunai tidak diterima sama sekali.
Selepas pembayaran, pemohon boleh mencetak Borang B dan membolehkan untuk mengendalikan klinik swasta tersebut.
Sekarang mungkin anda sudah serba tahu tentang selok belok untuk menubuhkan klinik swasta anda sendiri.
Berikut ialah beberapa tips dan cara tentang bagaimana untuk menarik dan mengekalkan pelanggan untuk datang semula ke klinik anda.
Interaksi personal atau ‘personalization’ ini, bermaksud pengalaman pelanggan dengan servis kita ada hubungan yang lebih baik antara doktor dan pesakit. Malah, komunikasi interpersonal dalam bidang kesihatan adalah sangat penting kerana dapat membentuk hubungan dan interaksi di antara pesakit dengan kakitangan perubatan.
Customer service adalah tunjang kepada bisnes anda. Tambahan pula, mereka ini lah imej kepada bisnes kita untuk menarik lebih ramai pelanggan. Mereka lah yang paling banyak berinteraksi dengan pelanggan.
Komuniti mampu membina hubungan yang lebih natural di antara bisnes kita dan pelanggan. Secara tidak langsung dapat meningkatkan jualan daripada pelanggan tersebut. Antara manfaat membina komuniti adalah supaya mereka datang kembali kepada kita dan ia juga meningkatkan kepercayaan kepada bisnes kita.
Bagi kumpulan pemasaran, menjadi kreatif itu sangat penting. Contohnya, peniaga boleh mencipta slogan atau nama produk yang dapat menarik perhatian pelanggan. Malahan, peniaga juga boleh memperkuatkan jenama anda dengan live video, iklan di Facebook dan Instagram, dan lain-lain.
Oleh itu, jika anda sedang mencari pembekal farmaseutikal untuk klinik anda, kami di Mayflax menawarkan kemudahan untuk anda mendapatkan ubat-ubatan dengan segera.
Dengan lebih 2,000 produk ubat-ubatan dengan pengalaman selama 25 tahun di dalam bisnes farmaseutikal, maka Mayflax ialah pilihan terbaik untuk keperluan perubatan anda.
Daftar dan lawati laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan kami.
Sarjana Muda Sains (Kepujian) Farmakologi, Eksekutif Perhubungan Pelanggan, Mayflax salah satu syarikat penjagaan kesihatan dan pemasaran terkemuka.
Kewujudan ubat-ubatan tiruan adalah satu fenomena jenayah farmaseutikal yang berlaku secara global, negara-negara maju seperti…
As the population becomes more educated and wealthy, there is also an increase in demand…
What makes you a good doctor depends on who you ask, as patients may have…
Isu ini sering dihadapi oleh pengasas klinik di luar sana adalah apabila perkhidmatan ditawarkan tidak…
Pada 2020, terdapat 1875 klinik pergigian swasta dan 652 buah klinik pergigian awam di 127…
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penubuhan farmasi seperti cendawan tumbuh selepas hujan di negara kita.…